Sunday 19 June 2011

KELEBIHAN SESI BERTAKRUF

sebenarnya sesi takruf adalah satu program untuk pembinaan keluarga Islam. ini kerana kita boleh mengenal lebih mendalam lagi berkenaan seseorang itu sebelum kita membuat apa-apa keputusan untuk berkahwin ataupun tidak. sesi takruf adalah alternatif kepada anak muda untuk mencari pasangan secara yang dibenarkan Islam.
sebelum ini ramai gadis yang terjebak ke lembah maksiat semata-mata kerana mahu mencari pasangan hidup. jika dahulu urusan pencarian jodoh diurusakan oleh ahli keluarga, sekarang budayanya sudah berbeza. ibu bapa sedah melepaskan urusan pencarian jodoh kepada anak-anak mereka dan inilah yang menyebabkan maksiat berlaku secara berleluasa. anak-anak gadis ramai yang dipermain dalam masa mencari pasangan. ramai lelaki yang mengambil kesempatan yang terbuka luas ini untuk mengambil kesempatan ke atas keinginan wanita-wanita mencari pasangan hidup.
keburukan budaya 'pakwe-makwe'
banyak keburukan budaya yang menular sekarang. walaupun pada zahirnya nampak ianya menyeronokkan, tapi sebenarnya pelbagai masalah yang timbul dari budaya 'pakwe-makwe' yang diamalkan oleh anak muda muslim sekarang:
1. ia memakan masa yang lama untuk mengenal satu sama lain. agak payah untuk melihat keburukan pasangan tanpa ikatan kita kerana dalam alam percintaan semuanya indah belaka dan segala keburukan disembunyikan. kita juga malu untuk bertanya soalan-soalan sensitif kerana bimbang melukai hati pasangan tanpa ikatan kita. akhirnya selepas berkahwin barulah kita tahu bagaimana sebenarnya perangai sebenar pasangan tanpa ikatan kita.
2. dalam proses ini ramai anak gadis yang hilang maruahnya semata-mata kerana hendak mencari calon suami sedangkan pasangan tanpa ikatannya belum tentu ingin menjadikannya sebagai isteri. maka banyaklah jiwa yang merana sampai tahap berlakulah gejala anak haram, pergaduhan keluarga dan ada yang membunuh diri kerana tekanan perasaan.
3. masyarakat mula menerima budaya berlaku curang. maksud saya ialah jika  jika dia dengan mudah boleh berpasangan tanpa ikatan dengan kita, dia juga dengan mudah boleh berpasangan tanpa ikatan dengan orang lain. jika dia berpasangan dengan kita hanya melalui jalan perkahwinan, dia juga akan terpaksa melalui jalan perkahwinan untuk menjalinkan ikatan dengan orang lain. formulanya di sini ialah "jika dia boleh buat sesuatu dengan kita, dia juga boleh buat sesuatu dengan orang lain". budaya bercinta tanpa ikatan ini akan menyebabkan hilanglah perasaan percaya kepada pasangan. orang yang sudah berkahwin juga mula berjinak-jinak mencari pasangan diluar pernikahan yang lain kerana ianya mula menjadi budaya. Islam mengharamkan percampuran lelaki dan perempuan secara berleluasa kerana budaya ini akan merosakkan masyarakat itu sendiri.
kelebihan sesi takruf
sebagai alternatif kepada budaya pakwe-makwe, sesi takruf adalah jauh lebih baik.
1. kita akan dapat mengenal orang yang kita minati dengan lebih mendalam dan cepat. ini kerana dalam sesi takruf, masing-masing akan memperkenalkan diri secara sangat mendalam. ditambah pula dengan bantuan pentakruf yang menyediakan soalan-soalan yang akan membolehkan kita tahu orang itu dengan lebih dekat dengan lebih cepat. contoh-contoh soalan yang akan ditanya oleh pentakruf kepada kedua-dua belah pihak ialah:
a. bagaimana dengan solat?
b. berapa pendapatan?
c. bagaimana keadaan keluarga?
d. bagaimana dengan masalah kesihatan diri?
dan sangat banyak lagi soalan-soalan yang tidak dinyatakan di sini. dengan soalan-soalan yang panjang lebar akan membolehkan kita mengenal si dia dengan sangat mendalam hanya dalam masa 1-2 jam sahaja sedangkan orang yang  bercinta tanpa ikatan memakan masa bertahun-tahun untuk mengetahui hanya sedikit dari apa yang boleh diketahui melalui sesi takruf.
2. maruah kaum wanita akan terjaga kerana tiada pergaulan bebas berlaku. bahkan dalam sesi takruf kita menggalakkan calon wanita membawa teman bersama untuk datang pada sesi takruf.
3. tidak perlu habiskan masa, tenaga dan kehabisan beratus atau beribu ringgit untuk bercinta/bertakruf tanpa ikatan. banyak berlaku hanya kerana ingin mengenal hati body pasangan tanpa ikatan, kita kehabisan banyak wang untuk belanja makan, belanja tengok wayang, hadiah hari jadi, bayar bil telefon dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment